Sunday, December 28, 2025

Kerana Aku Perempuan


 Aku Perempuan..
Dan Hari ini, Aku Tak Ingin Kuat
Aku Hanya Ingin Duduk Sebentar
Bercerita Tanpa Di nilai
Menangis Tanpa Perlu Menjelaskan Kenapa
Hanya Ingin Berehat Sebentar
Aku Dah Letih Meminta Untuk Di Fahami
Maka, Aku Tak Menuntut Apa-apa
Aku Hanya Ingin Diam
Tapi Tetap Saja Aku Seorang Perempuan
Yang Kadang Menuntut Dengan Pelbagai Alasan
Hanya Saja, Aku Harus Berhenti..
Tapi, Aku Tak Jumpa Perhentian
Aku Hanya Lihat Jalan
Yang Meminta Aku Untuk Terus Melangkah

Saturday, December 27, 2025

Waktu Berjalan


 Waktu Berjalan..
Aku masih disini tak berganjak dari cerita yang aku cipta sendiri
tak mampu pergi, tak mampu berhenti
Tapi aku tidak mengejar atau memaksa
hanya berdiri sendiri
menunggu? entahla..
aku bukan seseorang yang menginginkan sesuatu yang bukan hak aku
Apetah lagi membentak 
Hanya Menanti jalan cerita berubah
jika tidak, biarlah begini..
aku ada wajah
bukan hidup tanpa berwajah
perlu melutut
jika tanpa ehsan sekali pun
Tak mungkin aku letak wajah aku di kaki untuk terlihat ada.
Cuma, Cerita ini
aku jadikan sandaran di masa akan datang
Di saat aku sangat terpuruk dan terjatuh
Tapi aku tetap bangun



Tuesday, December 23, 2025

Hanya Sebaris Cerita

 


Siapalah aku untuk bertanya tentang takdir yang sedang berjalan
kadang, aku mengeluh mencari punca demi punca
Hakikatnya, Punca itu datang diri aku sendiri
kurang aku dalam belajar mengenal syukur
kurang aku dalam melihat sekeliling
kurang aku dalam bertolak ansur
Realitynya, aku tak mampu pun menjadi Pemula
Di saat aku hampir di penamat cerita.
Hanya saja ujian tahun ini
Meminta terlalu banyak kesabaran dan kesedaran
Dada aku Sesak Menanggung 
Hati aku Hilang Punca dan arah
Fikiran aku di luar Rasional
Tapi, aku masih bangun Setiap hari
dengan Harapan aku kembali Stabil dan menerima
Hakikatnya...
Bukan Ujian yang Menyakiti
Tapi aku Yang terlupa bagaimana Cara Menepis Rasa sakit

Rehat..

Buat Masa ni.. Aku memilih Untuk Rehat Rehat, Dari Semua Yang membuatkan Kepala aku Penat Fokus Pada Perniagaan.. Walaupun, Kadang2 Sebagai ...